Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rafidah, Daim & Rais Dipecat UMNO

PUTRAJAYA- Lembaga Disiplin UMNO telah memecat tiga veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut mengumumkan bahawa surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

Kata Tengku Adnan atau Ku Nan, mengikut perlembagaan parti, mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang.

Tambah Ku Nan lagi, tindakan itu bukanlah bersifat ‘serkap jarang’ kerana terdapat bukti-bukti kukuh seperti gambar dan video.

Semalam (4 Mei), Dr Mahathir, Daim dan Rafidah hadir di atas pentas Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mengadakan ceramah di Bukit Piatu, Bukit Katil, Melaka, manakala RAis pula membidas Umno dan SPR secara terbuka.- mynewshub

Komen


Berita Berkaitan