Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Rafflesia keithii tumbuh di Kampung Maatob

8:29pm 17/11/2015 Ann Vivien 98 views Keningau,Mutakhir,Tempatan

reflisia

TENOM:Taman Pertanian Sabah TPS Tenom mengesahkan bunga rafflesia yang tumbuh di kawasan kebun getah milik penduduk kampung di kampung Maatob berdekatan dengan kampung Kalang kira-kira tujuh kilometer dari sini adalah jenis bunga rafflesia keithii.

Pegawai Penyelidik (Botani) TPS Tenom Jain Linton berkata, bunga itu adalah  salah satu daripada 3 spesis bunga rafflesia yang terdapat di negeri ini dan tumbuh di kawasan tanah rendah serta mengambil masa lebih kurang 9 bulan untuk mekar dan bunga tersebut  akan layu dalam tempoh 4 hingga 5 hari selepas mekar.

“Bunga ini boleh membesar sehingga satumeter diameter. Ia dinamakan sempena Henry ( Harry) George Keith , bekas Konservator Hutan di Borneo Utara (kini Sabah).”Katanya ketika dihubungi di sini pada selasa.

Jelas beliau,bunga rafflesia ini sangat sukar ditemui dan memohon supaya orang ramai yang menjumpainya seperti mana yang tersebar dalam laman sosial agar tidak memusnahkan bunga tersebut yang mana secara tidak langsung dapat menarik perhatian ramai terutamanya para pelancong dan penyelidik luar untuk melihat bunga itu secara lebih dekat.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan