Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Radin terima kunjung hormat daripada Kapitan Cina di Tenom

8:10pm 17/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Tempatan
Radin berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa penganjur Tarian Naga, Unicorn dan Singa semasa kunjungan hormat itu

Radin berbincang dengan ahli-ahli jawatankuasa penganjur Tarian Naga, Unicorn dan Singa semasa kunjungan hormat itu

TENOM- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli jawatankuasa penganjur Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Daerah Tenom Tahun 2016 bertempat di Pasar Tenom, Khamis lepas.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Kapitan Chang Yin Choi selaku pengerusi penganjur Tarian Naga, Unicorn dan Singa tersebut.

Sehubungan itu, Radin berkata inisiatif para kapitan Cina Tenom itu menganjurkan acara itu amat baik dan wajar dicontohi oleh pertubuhan-pertubuhan lain kerana ia boleh menjadi platform meningkatkan persefahaman serta mengukuh perpaduan rakyat berbilang kaum di daerah tersebut.

Selain itu, Chang turut Radin bagi merasmikan acara itu pada 30 Januari depan bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, Tenom, bermula pada jam 6 petang.

Terdahulu, Radin menyerahkan sumbangan 80 meja dan 320 kerusi daripada Majlis Daerah Tenom kepada para pengusaha gerai makanan di Pasar Tenom.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan