Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Radin menerima kunjungan hormat daripada Ruji

Ruji menyampaikan memento kepada Radin semasa kunjungan hormat itu.
Ruji menyampaikan memento kepada Radin semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menerima kunjungan hormat daripada Haji Ruji Ubi, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) yang baharu di pejabat Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Sembulan disini, hari ini.

Radin dan Ruji bertukar-tukar pandangan program-program pembangunan kerajaan yang dilaksanakan di negeri Sabah dalam pertemuan selama 45 minit itu.

Selain itu, Ruji juga menerangkan Radin mengenai peranan dan tanggungjawab Pejabat Pembangunan Negeri Sabah khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan pelbagai projek di kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sabah.

Disamping itu, Radin berharap kerjasama di antara Pejabat Pembangunan Negeri Sabah dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya pejabat-pejabat daerah di negeri ini akan dapat ditingkatkan lagi demi kejayaan pelbagai program kesejahteraan rakyat di kawasan-kawasan luar bandar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu.

Tambah beliau, usaha-usaha mengatasi kemiskinan melalui program-program peningkatan pendapatan rakyat luar bandar sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri dan kejayaan program-program pembangunan itu memerlukan kerjasama semua pihak di negeri ini.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan