Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Radin menerima kunjungan hormat daripada pemuda PBS

7:26pm 23/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 25 views Tempatan
Radin bergambar dengan AJK Pergerakan Pemuda PBS selepas kunjungan hormat itu

Radin bergambar dengan AJK Pergerakan Pemuda PBS selepas kunjungan hormat itu

KOTA KINABALU- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menerima kunjungan hormat daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.35 Melalap ,Selasa lalu.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Melalap, Martin Juanis, di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Sembulan, disini.

Semasa kunjungan itu, beberapa perkara berkaitan peranan-peranan dan aktiviti-aktiviti Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Melalap dalam meningkatkan penyertaan golongan belia dalam program-program pembangunan di daerah Tenom turut dibincangkan.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan