Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Radin harap Cina sokong BN

Datuk Radin Maleh
Datuk Radin Maleh

TENOM: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berharap masyarakat Cina di daerah ini akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU 14) akan datang.

Ini katanya, kerana Kerajaan Persekutuan juga komited terhadap keperluan pendidikan masyarakat Cina di daerah ini apabila memperuntukkan sejumlah RM3 juta untuk projek pembinaan bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa dan Sekolah Menengah Tshung Tsin susulan lawatan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tenom pada bulan Februari 2013.

“Saya difahamkan bangunan baharu Sekolah Rendah Chung Hwa yang menelan belanja sejumlah RM2 juta telah siap, manakala projek membina bangunan Sekolah Menengah Tshung Tsin pula akan dilaksanakan kelak” katanya selepas menyampaikan meja dan kerusi kepada peniaga di Pasar Tenom baru-baru ini.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, peruntukan berkenaan membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan BN terhadap keperluan segenap lapisan rakyat berbilang kaum di negeri ini terutamanya kemudahan-kemudahan pendidikan masyarakat Cina di daerah ini.

“Namun, keprihatinan dan komitmen kerajaan BN itu gagal menarik minat dan sokongan pengundi Cina di kawasan ini dalam pilihanraya umum lalu (PRU13) apabila saya selaku calon BN juga kalah sebanyak 232 undi bagi Pusat Daerah Mengundi Tenom Utara dan Selatan kerana ramai pengundi memilih calon DAP akibat terpengaruh dengan janji-janji kosong parti pembangkang itu” tegasnya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan