Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Racun serangga’ubat’ kanser

9:44am 26/11/2016 Pak Roshan 1147 views Global
RABALAGO menyembur racun serangga itu pada muka seorang pengikutnya. - Agensi

RABALAGO menyembur racun serangga itu pada muka seorang pengikutnya. – Agensi

Johannesburg: Seorang paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu mengubat penyakit kanser dan HIV dengan menyemburkan racun serangga pada muka pesakitnya.

Paderi itu, Lethebo Rabalago yang juga mendakwa dirinya nabi memaklumkan di Facebooknya yang dia mampu ‘mengubat’ penyakit berkenaan menggunakan racun serangga jenama Doom.

Malah Rabalago turut menyebarkan gambar di media sosial menunjukkan dia menyembur mata orang ramai dengan racun serangga itu.

Tindakannya mencetuskan kemarahan syarikat pengeluar, Tiger Brands, yang memberi amaran, bahan itu tidak sepatutnya digunakan seperti itu.

Isu itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa yang menggesa orang ramai mengemukakan aduan jika ‘rawatan’ berkenaan mengakibatkan gangguan kesihatan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan