Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Racun rakan baik

JESSICA ketika dibawa ke balai polis di Jakarta, kelmarin.
JESSICA ketika dibawa ke balai polis di Jakarta, kelmarin.

Jakarta: Polis menamakan Jessica Kumala Wongso sebagai suspek pembunuhan rakan baiknya sendiri, Wayan Mirna Salihin yang mati tidak lama selepas meminum secawan kopi beracun di sebuah kafe, di sini pada 6 Januari lalu.

Jessica yang minum semeja dengan Mirna dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Hani ditahan kelmarin di sebuah hotel di Jakarta Utara.

“Jessica ditahan selepas kami memutuskan dia sebagai suspek kes ini,” kata pengarah jabatan jenayah polis Jakarta, Krishna Murti.

Sejak kematian Mirna, polis memfokuskan siasatan terhadap Jessica termasuk menggeledah rumah dan menyoal siasatnya beberapa kali.

Pembantu rumah Jessica yang dipercayai membuang seluar yang dipakai wanita itu ketika di restoran turut disoal siasat.

“Dia kini disoal siasat sebagai suspek,” kata Krishna.

Krishna berkata, Jessica memberi keterangan yang meragukan dan tidak konsisten ketika disoal siasat sebagai saksi sebelum ini.

Menurutnya, Jessica didakwa mengikut Artikel 340 Kanun Jenayah kerana melakukan pembunuhan terancang.

“Jessica boleh mengambil peguam bela, sekiranya dia tidak mampu kami boleh menyediakan bantuan guaman kepadanya,” tambahnya.

Mirna meninggal dunia tidak lama selepas meminum kopi dipesan Jessica yang terlebih dahulu datang ke kafe berkenaan.

Ujian makmal mendapati kopi berkenaan mengandungi racun sianida yang tinggi.

Sehingga kini motif pembunuhan itu masih belum diketahui. – Agensi/HMetro

MIRNA
MIRNA

Komen


Berita Berkaitan