Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Racun murid sebab tak naik gaji

10:41am 25/03/2017 Pak Roshan 1716 views Global

JURURAWAT memeriksa seorang murid yang dimasukkan ke hospital selepas memakan makanan yang dicampur ubat penenang. – Agensi

Dongguan (China): Gara-gara berang selepas kenaikan gajinya ditolak, seorang penjaga di sebuah tadika meracun muridnya sendiri.

Kejadian berlaku pada 15 Mac lalu apabila 10 pelajar Tadika Hongri di sini mengadu pening dan ada yang pengsan ketika di sekolah.

Ibu bapa pelajar yang bimbang segera membawa anak mereka ke hospital sebelum doktor mengesahkan mangsa keracunan makanan.

Polis yang menyiasat kejadian itu kemudian menahan penjaga di tadika berkenaan yang bertugas menyediakan makanan dan sebagai tukang cuci.

Rakaman kamera keselamatan di tadika itu menunjukkan suspek yang dikenali sebagai Yang meletakkan sesuatu di dalam makanan tengah hari murid berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan