Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Tony Menangis Di Upacara Pemakaman Pramugari

CEO AirAsia Tony Fernandes memeluk Fauzi saat keranda jenazah Khairunisa tiba.
CEO AirAsia Tony Fernandes memeluk Fauzi saat keranda jenazah Khairunisa tiba.

PALEMBANG: Upacara pengebumian pramugari AirAsia yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501, Khairunisa Haidar Fauzi selamat dilaksanakan pada Jumaat, sebelah malam.

Pramugasi-Air-Asia

Kharunisa dikebumikan di tanah perkuburan keluarga kawasan Jalan Bukit Lama Palembang.

Upacara yang mengambil masa sekitar dua jam itu berlangsung dengan lancar dalam keadaan terang benderang menggunakan lampu dinyalakan dengan genset.

148891-19e9fdd8-926c-11e4-a068-35e4e5c4fad4

Turut hadir adalah CEO AirAsia Tony Fernandes serta beberapa juruterbang dan pramugari yang merupakan rakan-rakan allahyarham.

Tony yang sebelumnya sudah berjanji akan menghantar jenazah Kharunisa berkata, pramugari itu merupakan sebahagian keluarga besar AirAsia dan menjadi kewajipannya untuk mengiringi allahyarham ke tempat ‘istirahat’ terakhirnya.

Apatah lagi, nahas yang berlaku membabitkan syarikat kelolaannya.

“Semoga dengan kehadiran saya bersama rakan-rakan sekerjanya di sini dan iringan ribuan doa pengantar lainnya, dia dapat tenang diperistirahatan terakhir ini,” ujar Tony yang dilihat sentiasa mendampingi ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.

Bapa allahyarham Khairunisa, Fauzi menunjukkan gambar kenangan anaknya di telefon bimbit.

Selain Tony dan kenalan AirAsia, terdapat ramai lagi yang hadir di upacara malam tadi termasuk saudara mara, jiran, kawan-kawan lama, rakan sekuliah allahyarham di Universiti Sriwijaya, wakil Gabenor Sumatera Selatan, Ketua DPRD Palembang dan Wali Kota Palembang. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan