Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Tony Fernandes Mengaku AirAsia Terkhilaf

aa

JAKARTA – Selepas dilarang melakukan penerbangan Surabaya-Singapura berkuat kuasa 2 Januari lalu, pihak pengurusan AirAsia Indonesia semalam akhirnya mengaku terkhilaf terbang tanpa kebenaran daripada pemerintah republik itu untuk laluan tersebut.

Perkara itu disahkan Menteri Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan ketika mengulas perbualan ‘serius’ antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini susulan tragedi QZ8501 pada 28 Disember tahun lalu.

“CEO Air Asia itu telah mengaku salah dan terkhilaf kepada saya mengenai isu ketiadaan permit kebenaran rasmi untuk laluan Surabaya-Singapura pada hari kejadian tersebut,” kata Jonan ketika ditemui pemberita tempatan di pejabatnya di sini semalam.

Ignasius Jonan (kiri) kelihatan berbincang agak serius dengan Tony Fernandes mengenai tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di pejabatnya di Jakarta baru-baru ini.

Selain perintah larangan terbang antara Surabaya-Singapura, beliau juga menggantung sementara perkhidmatan AirAsia Indonesia untuk laluan Medan-Palembang bermula 6 Januari atas sebab yang sama: tiada kebenaran rasmi pemerintah.

Namun, beliau menambah, Fernandes ada menjelaskan masalah tersebut lebih bersifat birokrasi pentadbiran kerana pihak berkuasa penerbangan awam Singapura sebelum itu sudah pun meluluskan jadual baharu untuk laluan Surabaya-Singapura.

“Beliau memberitahu saya, AirAsia Indonesia berjaya mendapat hak penerbangan sekali pada setiap hari atau kekerapan tujuh hari seminggu berdasarkan kepada jadual baharu untuk musim sejuk yang diluluskan pihak Singapura,” ujar Jonan.

Walhal surat Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia bertarikh 24 Oktober 2014 cuma memberi izin penerbangan musim sejuk 2014/2015 laluan Surabaya-Singapura untuk AirAsia Indonesia adalah hanya pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Justeru, Fernandes menyarankan Indonesia pada masa depan dapat melaksanakan sistem perkomputeran lebih bersepadu seperti Singapura agar kelulusan laluan penerbangan boleh diselaraskan secara sistematik dan bukan sebelah pihak sahaja.

Ini kata Jonan, sekali gus mampu mengelak daripada kekeliruan jadual penerbangan yang berbeza-beza setiap kali berlaku perubahan waktu berlepas pesawat kerana kelulusan permit operasi dibuat secara serentak dan lebih seragam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan