Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: TLDM Jumpa Mayat Wanita

aa

KUALA LUMPUR – Sebuah daripada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, menemukan mayat seorang wanita pada Khamis.

Dalam mesej melalui Twitter, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata: “KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada pukul 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS.”

Ketika dihubungi pada Khamis, beliau berkata ia adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia dalam operasi SAR, yang memasuki hari ke-12 hari ini, sejak Penerbangan QZ8501 mengalami nahas pada 28 Dis.

Penerbangan QZ8501 hilang daripada pengesanan radar pada 28 Dis lepas ketika dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia berkata setakat ini, 39 mayat penumpang pesawat malang itu telah dijumpai dan daripada jumlah itu, 16 telah dikenal pasti Pasukan Pengenalan Mangsa Bencana Polis Indonesia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan