Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Tempoh Pencarian Dilanjut Seminggu Lagi

ANGGOTA Tentera Udara dan penyelamat Indonesia dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) mengusung kerusi penumpang dari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, di Lapangan Terbang Iskandar Tentera di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia. - Foto EPA
ANGGOTA Tentera Udara dan penyelamat Indonesia dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) mengusung kerusi penumpang dari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, di Lapangan Terbang Iskandar Tentera di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia. – Foto EPA

JAKARTA – Tempoh pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa yang sudah memasuki hari kesembilan pencarian dilanjutkan tujuh hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo pada sidang medianya di sini, pagi tadi.

“Sampai minggu depan.. keseluruhan kawasannya juga masih di sektor yang sama (timur), cuma ada beberapa ditambah lagi untuk mencari serpihan yang mungkin hanyut,” katanya.

Sementara itu, pasukan pencarian dasar laut kini terus berusaha mendapatkan kotak hitam dan data perakam penerbangan pesawat biarpun cuaca di lokasi carian kini masih buruk sejak beberapa hari lalu.

Pihak pencarian Indonesia percaya sudah berjaya mengesan kedudukan ekor dan bahagian-bahagian utama pesawat Airbus A320-200 di dasar Laut Jawa.

Namun arus kuat, angin kencang dan ombak besar menyukarkan penyelam untuk turun ke dasar bagi menyiasat.

Soelistyo pada sidang media sebentar tadi turut memaklumkan lima kapal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilengkapi teknologi sonar yang mampu merakam objek bawah air sudah berada di lokasi dipercayai terletaknya serpihan utama pesawat, sejak jam 6 pagi lagi.

“Saya sudah arahkan mereka turun ke lokasi jam 5 pagi lagi. Ada penyelam yang sudah mula masuk ke dasar, namun hasilkan akan kita ketahui nanti,” katanya.

Ditanya mengenai serpihan pesawat seperti tempat duduk, pelampung dan pintu pesawat yang sudah ditemui dan kini ditempatkan di Pengkalan Bun, Soelistyo berkata ia untuk kepentingan siasatan, bukan pencarian. – Metronews.com/ REUTERS

Komen


Berita Berkaitan