Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Polis Indonesia, Interpol Kerjasama Cari Keluarga Co-Pilot

Pembantu juruterbang QZ8501, Remi Emmanuel Plesel.
Pembantu juruterbang QZ8501, Remi Emmanuel Plesel.

SURABAYA: Pihak Polis Republik Indonesia terpaksa bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan keluarga pembantu juruterbang pesawat AirAsia QZ8501, Remi Emmanuel Plesel.

1420156033

Khidmat keluarga diperlukan bagi mendapatkan data antemortem untuk dipadankan dengan mayat mangsa nahas yang ditemui.

Remi diketahui berasal dari Kepulauan Caribbean namun keluarganya tidak lagi menetap di sana, menyebabkan kesukaran untuk menghubungi mereka.

Menerusi kerjasama dengan Interpol, pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) mengharapkan supaya data antemortem daripada keluarga Remi akan diperoleh dalam masa terdekat.

Setakat Jumaat, DVI mengumumkan mereka telah memperoleh kesemua 161 antemortem daripada keluarga penumpang dan anak kapal QZ8501, kecuali Remi.

Bagi DNA pula, DVI sudah mengumpul 128 sampel dan masih kurang 34 DNA lagi.

Antemortem adalah data seseorang sebelum ia meninggal dunia berkaitan sejarah perubatan, cap jari, DNA dan ciri-ciri fizikal seperti tahi lalat, tatoo dan tanda lahir.

Data yang diperoleh ini akan memudahkan pengecaman identiti mayat dibuat ketika proses bedah siasat dijalankan. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan