Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Penyelam teruskan misi kesan kotak hitam, bangkai pesawat

TENTERA Laut Amerika Syarikat menjalakan misi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di Laut Jawa - Foto Routers
TENTERA Laut Amerika Syarikat menjalakan misi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia di Laut Jawa – Foto Routers

SURABAYA: Cuaca semakin baik hari ini dengan anggota penyelam meneruskan percubaan untuk mengesan ‘objek besar’ di dasar laut yang dipercayai bangkai pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Sekurang-kurangnya lima kapal dilengkapi peralatan yang boleh mengesan kotak hitam pesawat dikerah kawasan perairan berkenaan, kata Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Suryadi B Supriyadi.

“Sekiranya ia tidak boleh dilakukan oleh penyelam, kami akan menggunakan peralatan canggih dengan kemampuan mengesan objek di dasar sebelum kerja mengangkat dilakukan,” katanya.

Lima objek besar – berukuran 18 meter panjang dan 5.4 meter lebar dan dipercayai fiuslaj pesawat – dikesan dan Supriyadi mengulangi pihak penyelamat percaya lebih ramai penumpang dan kru akan ditemui terperangkap di dalam pesawat.

“Namun hari ini misi mencari masih berjalan dan sekali lagi ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Penyelam cuba sampai ke lokasi bangkai semalam, namun ombak besar menghalang misi berkenaan termasuk jarak penglihatan yang terhad. – AP

Komen


Berita Berkaitan