Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Penyelam Sambung Misi Mencari Serpihan Pesawat

FOTO yang diperolehi dari Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat Kapal USS Sampson (DDG 102) mengendalikan pengisian kargo dan kapal peluru USNS Carl Brashear (T-AKE 7) pada 5 Januari, 2015. Kapal Sampson berada di Laut Jawa membantu dalam misi mencari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. - Foto AFP
FOTO yang diperolehi dari Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat Kapal USS Sampson (DDG 102) mengendalikan pengisian kargo dan kapal peluru USNS Carl Brashear (T-AKE 7) pada 5 Januari, 2015. Kapal Sampson berada di Laut Jawa membantu dalam misi mencari Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. – Foto AFP

PANGKALAN BUN – Sekurang-kurangnya dua penyelam terjun ke dalam laut bergelora hari ini selepas cuaca agak baik bagi meneruskan pencarian dua objek besar dipercayai komponen fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas, baru-baru ini, kata pegawai Indonesia.

Kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Fort Worth mengesan dua objek semalam pada kedalaman 28 meter dekat Selat Karimata, Indonesia.

“Kita akan mula mengenal pasti serpihan itu yang dipercayai bahagian badan pesawat secepat mungkin,” kata Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Tatang Zainudin.

Katanya, pasukan penyelam turut dilengkapi kenderaan pemanduan alat kawalan jauh bagi berusaha mengambil gambar imej objek berkenaan.

Setakat ini, tujuh objek berjaya dikesan dipercayai komponen pesawat yang dikesan sonar di dasar laut tetapi arus deras, kelodak dan lumpur menyukarkan penyelam untuk mencari atau menghampirinya.

Zainudin berkata, cuaca buruk yang menjejaskan misi pencarian ternyata “mengecewakan” pasukan mencari dan menyelamat.

Dua lagi mayat ditemui semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 39.

Bagaimanapun kebimbangan memuncak apabila kerja semakin sukar untuk mencari baki mayat pesawat berkenaan yang terhempas pada 28 Disember dengan membawa 162 penumpang dan anak kapal. – AP

Komen


Berita Berkaitan