Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Penerbangan AirAsia Surabaya-Singapura Digantung

aa

RENTETAN insiden nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan Kerajaan Indonesia mengambil keputusan menggantung laluan AirAsia Surabaya-Singapura berkuat kuasa semalam.

Tindakan tegas ini diambil oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia ekoran pesawat malang itu terbukti melanggar waktu operasi yang ditetapkan.

Memetik laporan Kompas.com, syarikat penerbangan AirAsia Indonesia didapati telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014.

Dalam surat berkenaan ada dinyatakan bahawa syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari yang ditetapkan iaitu Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu sahaja.

Namun, pada tarikh 28 Disember (Rabu) yang lalu pesawat QZ8501 dari Surabaya-Singapura telah membawa 162 penumpang yang kini dilaporkan hilang.

Ini bermakna, syarikat penerbangan AirAsia Indonesia telah melanggar permit ditetapkan Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurut Ketua Kementerian Komunikasi Awam, JA Batara tempoh penggantungan ini hanya buat sementara waktu.

“Laluan AirAsia itu hanya digantung sementara dan bakal dipertimbangkan semula selepas selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia,” ujarnya.

Ekoran itu, penumbang yang sudah membeli tiket penerbangan AirAsia laluan Surabaya-Singapura nasihatkan untuk menukar jadual penerbangan mereka.

Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia Kapten Ahmad Sadikin memberitahu, syarikat penerbangan itu tidak menerima apa-apa maklumat mengenai penggantungan tersebut dan menolak dakwaan syarikat itu mengendalikan laluan tanpa permit.

“Saya tidak boleh menjawab secara terperinci kerana saya tidak dengar mengenai penggantungan itu lagi. Tetapi jika kita tidak mempunyai kebenaran, maka pasti kita tidak akan terbang,” tambahnya.- MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan