Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Pasukan SAR temui empat objek besar hari ini

aa

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang menjejaki bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menemui empat objek besar di Laut Jawa, hari ini, kata Ketua Agensi Pencari dan Penyelamat, Bambang Soelistyo.

Operasi SAR membabitkan kapal laut, kapal terbang dan helikopter sudah meninjau di utara Laut Jawa dan pinggir pantai selatan Borneo bagi mengesan mayat mangsa dan menjejaki bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 serta perakam kotak hitam.

“Kami menemui empat objek besar dari kapal yang sedang kami cari,” katanya.

Kapal terbang Airbus A320-200 itu terhempas di Laut Jawa pada Ahad lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa 162 orang.-BHarian Online

Komen


Berita Berkaitan