Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Misi Pencarian Disambung Dengan Kapal Lebih Besar

 

PEGAWAI pencari dan penyelamat Indonesia berdiri berhampiran pelaburan Kumai melihat kapal penyelamat memulakan operasi yang masuk hari kelimanya, hari ini. - Foto AFP
PEGAWAI pencari dan penyelamat Indonesia berdiri berhampiran pelaburan Kumai melihat kapal penyelamat memulakan operasi yang masuk hari kelimanya, hari ini. – Foto AFP

JAKARTA – Operasi pencarian pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia memasuki hari kelima hari ini dengan Agensi SAR Nasional (BASARNAS) mengerahkan kapal melawan ombak, KN SAR Purworejo 101 yang mampu mengharungi ombak setinggi tiga meter ke lokasi pencarian.

KN SAR Purworejo 101 dilapor bersiap-siap untuk berlayar ke lokasi pencarian dari Pelabuhan Kumai, Kalimantan Tengah, bagi menggantikan kapal KN SAR 224 yang berukuran lebih kecil.

“Kapal ini akan belayar dua-duanya,” kata Komandan Pasukan Khas BASARNAS, Charles Batlajery di Pelabuhan Kumai.

Kapal SAR Purworejo akan membawa puluhan penyelam BASARNAS ke lokasi pencarian hari ini dan mereka akan akan dibantu oleh 40 penyelam Tentera Laut Indonesia (TNI AL).

“Akan ada tambahan penyelam dari tiga lagi BASARNAS iaitu Aceh, Pontianak dan Pasukan Khas ini,” katanya.

Tumpuan pasukan BASARNAS adalah melakukan penyelaman di zon yang sudah ditentukan selepas operasi penyelaman tertunda semalam disebabkan gelombang setinggi tiga meter. – Detik.com

Komen


Berita Berkaitan