Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501 : Mayat tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui nelayan

ANGGOTA mencari dan menyelamat mengusung jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 untuk dibawa ke Surabaya dari Lapangan Terbang Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, awal bulan ini. - Foto Reuters
ANGGOTA mencari dan menyelamat mengusung jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 untuk dibawa ke Surabaya dari Lapangan Terbang Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, awal bulan ini. – Foto Reuters

KOTABARU: Satu daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui nelayan Pulau Maradapan, Kalimantan Selatan beberapa hari lalu sudah terjejas teruk.

Anggota SAR Pos Kotabaru, Muhammad Imam Nazarudin, berkata mayat dipercayai kanak-kanak perempuan itu ditemui tanpa kepala, kaki dan tangan.

Dua lagi yang ditemui ialah mayat seorang lelaki dan wanita dewasa.

Ketiga-tiga mayat itu diterbangkan ke Surabaya, Jawa Timur pagi tadi dengan pesawat Casa NC212. – Metrotvnews.com

Komen


Berita Berkaitan