Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Keluarga Dakwa Dapat Panggilan Telefon Mangsa Nahas

Ekor pesawat AirAsia QZ8501 diangkat ke atas kapal Crest Onyx sebelum dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.
Ekor pesawat AirAsia QZ8501 diangkat ke atas kapal Crest Onyx sebelum dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada Sabtu.

APAKAH ini bukti bahawa terdapat penumpang AirAsia QZ8501 yang masih hidup sejurus pesawat terhempas di lokasi nahas?

Salah seorang keluarga penumpang mendakwa, ada menerima panggilan daripada telefon bimbit salah seorang mangsa pada hari kejadian tetapi selepas dihubungi semula nombor itu tidak lagi aktif.

Perkara ini diceritakan Ketua Jabatan Kedoktoran dan Kesihatan Polis Daerah Jawa Timur,  Budiyono di Pusat Krisis AirAsia QZ8501 di Surabaya, pada Sabtu.

“Salah seorang anggota keluarga penumpang mengaku menerima panggilan telefon daripada mangsa nahas,” kata Budiyono.

Bagaimanapun panggilan itu tidak sempat diangkat membuatkan ia berstatus missed call.Dan apabila nombor telefon didail semula, ia tidak lagi aktif.

Tanpa mendedahkan nama keluarga penumpang terbabit, Budiyono menyatakan perkara itu telah dimaklumkan kepada Bahagian Identifikasi mangsa yang kemudiannya menyerahkan telefon bimbit itu kepada syarikat penyedia telekomunikasi.

Begitu pun siasatan mendapati panggilan yang didakwa itu tiada dalam rekod dan nombor terbabit sudah tidak lagi aktif pada hari pesawat meninggalkan landasan Bandar Udara Juanda, Sidoarjo, Jawa Timur pada 28 Disember 2014.

Setakat Sabtu, pencarian bangkai pesawat AirAsia QZ8501 telah pun memasuki hari ke-14 dan setakat ini baru 29 mayat berjaya dikenalpasti identiti dan diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan