Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Empat lagi jenazah mangsa ditemui

aa

JAKARTA: Empat lagi jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kelapan pencarian di Laut Jawa, hari ini.

Jumlah terbaru itu menjadikan keseluruhan jasad ditemui pasukan SAR diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) kini adalah 34 orang.

Stesen rangkaian media Indonesia, Metrotv sebentar tadi melaporkan tiga mayat terbaru itu ditemui kapal USS Sampson milik Angkatan Laut Amerika Syarikat (AS), tengah hari tadi.

Tiga jenazah itu kemudian dibawa menggunakan helikopter Sea Hawk milik AS dan tiba di Landasan Udara Iskandar Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Sementara itu, satu lagi jenazah ditemui kapal milik Singapura, RSS Persistence pagi tadi dan sudah tiba di Pangkalan Bun kira-kira jam 6.15 waktu Malaysia.

Daripada jumlah itu juga, 30 jenazah sudah berada di Surabaya dengan sembilan daripadanya sudah dikenal pasti pasukan pengecaman mangsa bencana DVI Polis Republik Indonesia (POLRI) dan ada yang sudah selamat dikebumikan. – Metrotvnews.

Komen


Berita Berkaitan