Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Dua Bahagian Besar Pesawat Ditemui

aa

JAKARTA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui dua bahagian besar pesawat AirAsia Indonesia 8Z8501 yang terhempas di Laut Jawa Ahad lalu.

Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian besar pesawat, saya boleh memberi jaminan bahawa ini adalah bahagian pesawat AirAsia yang kami cari selama ini,” kata ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo.

Bambang berkata, kedua-dua objek besar itu berada kira-kira 30 meter (90 kaki) di bawah permukaan air.

Katanya, agensi itu kini sedang cuba untuk mendapatkan imej objek berkenaan dengan menggunakan kenderaan kawalan jauh bawah air. -AFP/Reuters

Komen


Berita Berkaitan