Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: Ada Mayat Sukar Dikeluarkan Kerana Dibelit Kabel

aa

JAKARTA – Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat carian jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar laut berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan keadaan serpihan pesawat sudah berkecai.

Seorang penyelam dari kelab Indonesian Divers (I-Divers) yang ditemui turut memaklumkan ada satu jasad yang ditemui sukar dikeluarkan kerana dibelit kabel pesawat.

Memasuki hari kedua pencarian selepas Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memberi rehat dua hari kepada pasukan penyelam sebelum ini, empat jasad baharu berjaya dikeluarkan setakat pagi tadi.

“Kami lihat dianggarkan tujuh jenazah berada di bahagian badan pesawat. Empat jasad sudah kami angkat ke Kapal KN SAR Pacitan.

Tiga jasad lainnya akan diangkat oleh penyelam berikutnya.

“Satu jenazah agak sukar dikeluarkan kerana dibelit kabel pesawat,” kata Rendra yang ditemui sejurus menamatkan penyelaman.

Berbeza semalam, keadaan cuaca hari ini dilapor baik dengan ombak dianggarkan setinggi satu meter, sementara arus di dasar laut berkelajuan antara satu hingga dua knot.

Sejumlah 26 penyelam ditugaskan di lokasi pencarian dasar laut bagi mencari baki jasad mangsa nahas pesawat malang itu yang masih belum ditemui. -KOMPAS.COM

Komen


Berita Berkaitan