Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

QZ8501: 6 Mayat Lagi Ditemui, Masih Terikat Di Kerusi

aa

PANGKALAN BUN, Kalimantan – Kumpulan penyelam menemui enam mayat yang masih berada di tempat duduk dan memakai tali pinggang berhampiran bahagian badan utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Setakat ini, sebanyak 59 daripada 162 mangsa pesawat dari Surabaya ke Singapura itu ditemui.

“Kita menemui enam mayat dan empat daripada mereka adalah wanita, dua lagi lelaki. Kesemua mereka orang dewasa,” kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), Suryadi Supriyadi.

Katanya, kesemua mangsa itu ditemui dalam keadaan terbenam dalam lumpur dan dipercayai tercampak keluar dari fiuslaj pada jarak antara 50 hingga 100 meter.

Tambahnya, pasukan penyelam masih berusaha untuk menghampiri bahagian utama badan pesawat tersebut yang dipercayai menempatkan lebih ramai penumpang dan anak kapal.

Bagaimanapun, penyelam berhadapan dengan cabaran jarak penglihatan yang hanya dua meter.

“Namun hari ini agak cerah, kita yakin penyelam dapat sampai ke bangkai pesawat itu,” jelasnya.

Bahagian utama badan pesawat A320-200 dikesan di dasar laut oleh kapal tentera pada minggu lalu, namun arus yang kuat dan laut bergelora menghalang penyelam membawa naik serpihan berkenaan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan