Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Qari, Qariah Kinabutan dan Tawau juara Majlis Tilawah Al-Quran dan Azan

Tawfiq Abu Bakar Titingan (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Salemy.
Tawfiq Abu Bakar Titingan (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Salemy.

TAWAU – Umat Islam diingatkan supaya sentiasa berusaha mendalami ilmu al-Quran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Ini kerana, jelas Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, kitab suci itu bukan sekadar dialunkan atau dikumandangkan, sebaliknya ia harus dihayati dan dikaji dengan teliti oleh umat Islam khusus generasi muda.

” Saya berharap lebih banyak lagi program seumpama ini dianjurkan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dari semasa ke semasa dalam usaha kita meningkatkan syiar Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al Quran dan Azan Peringkat USIA Bahagian Tawau di Masjid Babus Saadah, Kampung Muhibbah Raya Tawau, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Qari USIA Cawangan Kampung Kinabutan Besar, Salemy Amat Shah dan peserta Qariah, Nurhayati Mustafa mewakili Tawau, masing-masing muncul sebagai johan pada majlis tilawah tersebut, manakala adik Juaram Maidima dari USIA Cawangan Tanjung Batu Keramat Laut menjuarai Kateogri Azan.

Dalam pada itu, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap USIA akan menarik lebih ramai belia untuk menyertai pertandingan berkonsepkan keagamaan di negeri ini sebagai usaha meningkatkan ilmu dan pemahaman mereka terhadap Islam.

Beliau menambah, usaha itu juga dilihat penting bagi mengelakkan belia daripada terjebak dengan gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.

Tawfiq menjelaskan, penyertaan golongan belia dalam aktiviti keagamaan seumpama itu sudah pasti memberi nilai tambah kepada mereka terutamanya dalam mendepani kehidupan hari ini yang begitu mencabar. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan