Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PZS Kutip RM62 Juta Zakat Tahun Lepas

zakat

TAWAU : Pusat Zakat Sabah (PZS) berjaya mengutip sebanyak RM62 juta zakat sepanjang tahun lepas, kata Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mohd Suhaili Said.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Zon Tawau iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tungku berjaya mengutip zakat fitrah paling banyak di seluruh negeri iaitu sebanyak RM7.2 juta.

“Zakat fitrah yang dikutip sehingga 31 Disember tahun lepas itu akan diagihkan pada bulan Ramadan nanti,” katanya ketika berucap pada Seminar Fiqh Muamalat 2016 anjuran PZS yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Suhaili berkata pihaknya telah membeli dua unit bangunan di Tawau yang akan digunakan bagi melancarkan lagi operasi mengutip zakat di daerah ini.

“Oleh itu, kita menyeru agar para amil yang dilantik menjalankan tugas dengan lebih berkesan serta turut mengutip zakat daripada umat Islam warga Indonesia dan Filipina yang telah menjadi pemastautin di kawasan zon berkenaan,” katanya.

Pada majlis itu, Takaful Ikhlas Berhad Wilayah Timur telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada PZS.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan