Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puting beliung ragut 51 nyawa

8:46am 24/06/2016 Pak Roshan 22 views Global
SEORANG lelaki melihat rumahnya yang dimusnahkan puting beliung di Yancheng.

SEORANG lelaki melihat rumahnya yang dimusnahkan puting beliung di Yancheng.

Beijing: Cuaca melampau termasuk hujan batu, ribut dan puting beliumg menyebabkan 51 terbunuh dan puluhan lain cedera di wilayah Jiangsu, timur China, lapor agensi berita rasmi Xinhua, semalam.

Ribut membadai Yancheng sekitar jam 2.30 petang (waktu tempatan) semalam dan memusnahkan rumah-rumah.

Kebanyakan kawasan di China dilanda hujan lebat minggu ini dengan kadar hujan musim panas lebih tinggi daripada biasa menyebabkan kerosakan di seluruh negara.

 Awal minggu ini, banjir besar meragut 22 nyawa dan menyebabkan 197,000 kehilangan tempat tinggal di tengah China.

Menurut laporan media, kerugian ekonomi akibat banjir mencecah 2.7 bilion yuan (RM1.6 bilion). – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan