Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Putin Jamin Bantu Pasukan Penyiasat Masuk Kawasan Insiden – Najib

400 PGA Sarawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam perbualan telefon dengan Putin selepas berbuka puasa tadi, Presiden Rusia itu menyatakan Moscow memahami keperluan untuk menyelesaikan persoalan mengenai insiden berkenaan.

“Presiden Putin berkata beliau juga berharap Presiden Ukraine (Petro Poroshenko) bersetuju untuk gencatan senjata sementara untuk membolehkan pasukan siasatan ini memasuki kawasan pesawat terhempas.

“Dari segi pandangan Putin, beliau berkata pihak yang menguasai kawasan itu tentu hendak siasatan yang objektif dilakukan dan Putin turut berkata Rusia tiada kemampuan untuk menembak jatuh pesawat itu,” kata Najib kepada pemberita selepas menerima panggilan daripada Putin pada Jumaat.

Terdahulu, Najib menghadiri majlis berbuka puasa bersama media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di perkarangan Masjid Al-Muhammadi di Angkasapuri di sini.

Perdana Menteri berkata kumpulan yang menguasai kawasan MH17 terhempas dan kerajaan Ukrain mesti bersetuju melakukan gencatan senjata sementara bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki kawasan insiden secepat mungkin.

“Komitmen untuk gencatan senjata ada oleh kedua-dua pihak, tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk persetujuan…saya telah memberitahu Presiden Putin bahawa pasukan penyiasat kita telahpun berlepas ke Kiev dan bila sampai nanti, saya mahu mereka terus dibenarkan masuk ke kawasan itu,” katanya.

Dalam perbualan telefon itu, Najib turut menegaskan kepada Putin mengenai perlunya pasukan penyiasat diberi kebenaran memasuki kawasan tragedi secepat mungkin untuk memulakan siasatan.

Menurutnya pasukan siasatan itu, yang Malaysia perlu menjadi sebahagian daripadanya, harus diberikan jaminan dalam soal keselamatan semasa menjalankan tugas.

“Saya juga menegaskan (kepada Putin) betapa kawasan itu tidak boleh diganggu dan tidak diusik apa jua yang boleh disifatkan sebagai asas dalam sisastan nanti,” katanya.

Ketika diitanya pihak mana yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, Najib berkata Malaysia menjadi mangsa kepada pertembungan geopolitik yang sengit di kawasan itu.

Semasa mengulas mengenai penglibatan beberapa kuasa besar dunia terhadap insiden ini, beliau berkata perkara itu amat kompleks memandangkan semua mempunyai pandangan tersendiri dan bertentangan.

Najib juga berkata beliau belum ada rancangan untuk ke Kiev namun akan sentiasa berhubung dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Menurutnya pada Jumaat sahaja, beliau menerima panggilan daripada beberapa pemimpin negara lain termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Perdana Menteri Australia Tony Abbot, Perdana Menteri New Zealand John Key, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan Perdana Menteri United Kingdom David Cameron.

Berhubung laporan pesawat MH17 ditembak jatuh dan pihak mana yang harus dipertangungjawabkan, Perdana Menteri berkata ia perlu disiasat sepenuhnya berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

Najib berkata jika pesawat itu ditembak jatuh, siasatan forensik pasti dapat menentukannya kerana banyak bukti yang boleh ditemui daripada pesawat itu.

Komen


Berita Berkaitan