Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Putin anggap Ankara tikam dari belakang

11:19am 25/11/2015 Pak Roshan 1015 views Global
GAMBAR yang dipetik daripada rakaman video menunjukkan mayat seorang juruterbang jet Russia yang ditembak jatuh oleh pesawat perang Turki.

GAMBAR yang dipetik daripada rakaman video menunjukkan mayat seorang juruterbang jet Russia yang ditembak jatuh oleh pesawat perang Turki.

Moscow: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam memberi amaran tindakan Turki menembak jatuh sebuah jet pejuangnya bakal memberi kesan serius terhadap hubungan kedua-dua negara.

Putin yang kelihatan serius ketika bertemu pemerintah Jordan, Raja Abdullah di Sochi, menganggap tindakan Turki itu umpama tikaman dari belakang oleh rakan pengganas.

“Saya tidak boleh gambarkan apa yang berlaku hari ini (semalam) dengan perkara yang lain.

“Kejadian tragik ini bakal memberi kesan serius terhadap hubungan Russia-Turki.

“Kami pasti akan menganalisa dengan berhati-hati semua yang berlaku,” katanya.

Jet pejuang itu ditembak jatuh semalam oleh dua pesawat F-16 milik Turki di sempadan Syria.

Ankara mendakwa memberi amaran kepada jet pejuang itu sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit.

Bagaimanapun, Putin menafikan tuduhan Ankara dan mendakwa jet itu tidak memberi sebarang ancaman kepada Turki.

“Jet kami ditembak jatuh di wilayah Syria oleh peluru berpandu udara ke udara dari pesawat F-16 Turki.

“Pesawat ini terhempas di wilayah Syria yang terletak empat kilometer dari sempadan Turki.

“Juruterbang dan pesawat kami langsung tidak memberi ancaman kepada Turki,” katanya.

Putin menegaskan Turki yang menyertai pakatan Amerika Syarikat (AS) menyerang kumpulan Negara Islam (IS) di Syria, menembak jatuh pesawatnya walaupun Moscow dan Washington ada membuat perjanjian untuk mengelak kejadian seperti itu.

“Kami tidak akan bertoleransi dengan jenayah seperti ini,” tegasnya. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan