Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Putin akan bantu dapatkan mayat dan kotak hitam, kata PM Belanda

putin jamin bantu

THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat dan kotak hitam dari tempat pesawat MH17 itu terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.

Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.

“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam,” kata jurucakap RVD.

“Untuk kedua-dua perkara itu, Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata jurucakap itu.

Sebahagian daripada 298 orang dalam Penerbangan Malaysia itu, yang kemungkinan besar ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.

Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.

Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan