Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Semporna minta calon bawah 40 pada PRU 14

puteri umno semporna

SEMPORNA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Semporna meminta supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon-calon muka baru di bawah 40 tahun pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Ketua Puteri UMNO Bahagian Semporna, Zakiah Kalipunya, sudah tiba masanya parti memberi lebih ruang dan kepercayaan kepada golongan muda di bawah 40 tahun untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, selain mempunyai kelebihan, wakil muda mampu meraih lebih banyak sokongandaripada kalangan pengundi muda dan calon mereka juga lebih berkeupayaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Pembangkang sendiri telah mula mengikuti jejak langkah BN dengan mengetengahkan hampir 70 peratus muka baharu dan 50 peratus adalah orang muda, sekaligus berjaya menidakkan majoriti dua pertiga BN.

“Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk terus memberi lebih peluang kepada golongan mudasebagai calon pada pilihan raya akan datang,” katanya berucap ucapan penggulungan Puteri UMNO Bahagian Semporna baru-baru ini.

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Semporna telah disempurnkan oleh Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin yang dihadiri 400 orang perwakilan.

Turut hadir wakil Perhubungan Puteri UMNO Sabah, Azlina Michael yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kalabakan.

Zakiah yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah menegaskan bahawa golongan muda profesional semakin kurang dalam UMNO dan jika perkara itu tidak ditangani dengan segera, parti akan kekurangan calon untuk memenangi hati dan fikiran pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut meminta supaya jawatan pemaju mukin, pengerusi JKKK diberikan kepada orang muda yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

“Kehadiran mereka (orang muda) pastinya dapat mengubah landskap pentadbiran daerah yang suram menjadi lebih rancak. Saya berharap perlantikan setiap kampung dan mukin akan menjadi kenyataan.

“Sehubungan itu, Puteri UMNO juga mengemukakan usul supaya keahlian Puteri dilakukan secara automatik pada masa akan datang.,” ujarnya.

Beliau berkata, kaedah itu antara usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan sasaran ahli pergerakan itu seramai 500,000 orang berjaya dicapai.

Selain itu, penambahan ahli Puteri juga boleh dicapai dengan sokongan dua sayap UMNO iaitu Wanita dan Pemuda di samping penubuhan sayap Puteri di setiap cawangan dan bahagian.

Jelas Zakiah, setiap tahun ahli Puteri UMNO yang berumur 35 tahun secara automatik beralih ke dalam ahli Wanita UMNO.

Komen


Berita Berkaitan