Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Semporna jejaki pengundi muda

SEMPORNA: Menjejaki pengundi muda antara usaha yang sedang dilakukan oleh Puteri UMNO Semporna sebagai persedian menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 yang akan diadakan bila-bila masa saja dalam tahun ini.

Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya berkata, berdasarkan daftar pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdapat kira-kira 11,384 pengundi muda berumur antara 21 hingga 40 tahun dalam Parlimen Semporna layak mengundi pada PRU ke 14 ini.

“Ramai di kalangan pengundi muda bagi Parlimen Semporna mewakili tiga dun iaitu Sulabayan, Senallang dan Bugaya dengan jumlah pengundi Parlimen Semporna 43,663 pengundi.”

“Gerak kerja yang dilakukan oleh Puteri Semporna telah dilaksanakan sejak tahun lalu lagi adalah untuk menjejaki pengundi muda,” katanya selepas Program Ziarah Kasih di Dun Senallang, Semporna semalam.

Zakiah yang juga Ketua Puteri UMNO Semporna berkata, sehingga kini pihaknya sudah  mengesan pengundi muda di kawasan itu dan dijamin akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Dalam siri jelajah itu Zakian menyeru golongan generasi wanita muda  agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu mereka menukar kerajaan sekarang pada pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, kerajaan sedia ada terbukti cukup baik, malah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri  Musa Aman, Malaysia amnya dan Sabah khususnya semakin pesat membangun.

“Jangan dengar hasutan pembangkang supaya dibuat perubahan (tukar kerajaan). Rakyat tidak perlu melakukan perubahan, sebaliknya menyokong kepimpinan sedia ada kerana kita bukan negara yang mundur, kita semakin maju,”tegasnya.

Jelasnya, Puteri Semporna juga bekerjasama dengan Pemuda UMNO Semporna termasuk Wanita UMNO Semporna untuk mendekati pengundi dalam Parlimen Semporna dan sedia. bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon BN pada PRU 14  nanti./SayangSabah

Kenangan…Puteri UMNO Semporna sesama siri Program Ziarah Kasih di Dun Senallang, Semporna.

Komen


Berita Berkaitan