Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Semporna gesa percepatkan siasatan terhadap Shafie

12:17pm 28/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 149 views Politik,Tempatan
Zakiah Kalipunya

Zakiah Kalipunya

KOTA KINABALU- Pergerakan Puteri UMNO Semporna mengesa agar Lembaga Disiplin UMNO mempercepatkan laporan siasatan tuduhan perlanggaran disiplin oleh Dato Seri Mohd Shafie bin Apdal bagi membolehkan akar umbi UMNO di bahagian Semporna khususnya ahli puteri meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Semporna, Zakiah Hj. Kalipunya, Puteri UMNO Semporna sangat menghormati Shafie selaku pemimpin yang disegani dan disayangi.

“Keputusan ini amat sukar, tetapi demi untuk kelangsungan survival wanita muda, maka keputusan ini adalah yang terbaik bagi semua ahli Puteri UMNO Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, disini, hari ini.

Walaubagaimanapun, Zakiah yang juga merupakan Naib Ketua Puteri UMNO berkata, Puteri UMNO Semporna menghormati ketetapan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO selaku pucuk pimpinan parti.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan