Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri Umno Sabah sasar kutip RM20 ribu untuk Tabung Prihatin Gaza

puterigaza

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000 untuk mengisi dana Tabung Prihatin Gaza Puteri Umno yang dilancarkan di peringkat nasional, baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah, Normalah Rasik berkata melalui kutipan dana itu, ia diharap mampu membantu meringankan beban penduduk Palestin.

“Untuk Sabah, kutipan sedang dilakukan dan Puteri Umno peringkat bahagian harus mempunyai inisiatif masing-masing untuk kumpul dana. Bagaimanapun, buat masa ini, jumlah kutipan belum diketahui,” katanya ketika ditemui selepas Majlis penyerahan hamper raya kepada warga hospital dan pesakit di wad bersalin Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Likas (HWKK), di sini semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 150 hamper disampaikan kepada ibu-ibu muda yang berada dalam wad serta kakitangan hospital.

Mengenai program lawatan ke hospital berkenaan, Normalah yang juga Exco Puteri Umno Malaysia berkata, penyerahan hamper itu adalah sebahagian daripada program Puteri Umno sempena Ramadan.

Katanya, selain lawatan ke hospital, pergerakan itu turut mengadakan program berbuka puasa bersama-sama anak yatim serta program ‘shopping raya’.

Komen


Berita Berkaitan