Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri Umno Sabah perhebatkan kempen daftar ahli baru

NORMALA_ketua puteri umno sabahKOTA KINABALU – Pergerakan Puteri Umno Sabah berjaya menambah lebih 1,000 ahli baru menerusi program Daftar Ahli dan Pemilih Puteri Umno yang diadakan serentak di seluruh negeri ini.

“Puteri Umno Sabah berjaya menambah 1,004 ahli baru termasuk 221 orang ahli yang layak mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerusi program yang diadakan akhir bulan lepas,” kata Ketuanya Normala Rasik (gambar) ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, Sabah merupakan negeri yang mempunyai jumlah paling ramai keahlian Puteri Umno iaitu 62,180 ahli.

Katanya, berikutan sambutan yang menggalakan, Puteri Umno Sabah akan mempertingkatkan usaha menambah ahli-ahli baru dengan membuka kaunter-kaunter pendaftaran keahlian pada setiap program yang dianjurkan oleh parti itu sama ada di peringkat bahagian atau negeri.

“Puteri Umno Sabah menyasarkan untuk menambah seramai 20,000 ahli baru menjelang tahun 2016, memandangkan jumlah keahlian akan menurun kerana faktor had umur,” katanya. – Oleh MONICA GIDUNG / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan