Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,824

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Sabah Catat Jumlah Ahli Paling Ramai 61,847 Orang

6:00pm 09/04/2016 Pak Roshan 17 views Mutakhir,Politik
Musa bergambar kenangan bersama Puteri Umno Sabah

Musa bergambar kenangan bersama Puteri Umno Sabah

SANDAKAN : Puteri UMNO Sabah mencatatkan jumlah ahli paling ramai berdaftar di negara ini iaitu seramai 61,847 orang di 5,708 cawangan sehingga Februari lepas.

Ketuanya Normala Rasick berkata jumlah ahli Puteri UMNO sudah berdaftar sebagai pengundi setakat 31 Disember tahun lepas ialah seramai 43,125 orang dan 18,303 ahli belum mendaftar sebagai pemilih.

Katanya Puteri UMNO Silam mencatatkan jumlah ahli paling ramai berdaftar iaitu 7,074 orang diikuti Semporna (5,545), Kudat (4,041).

“Usaha mendaftar ahli baharu dan pemilih akan terus diberi tumpuan oleh Puteri UMNO Sabah,” katanya pada Program Keahlian dan Daftar Pemilih peringkat negeri anjuran Puteri UMNO Sabah, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.

Menurutnya, pendaftaran ahli baharu penting bukan kerana parti UMNO memerlukan sokongan daripada golongan muda sahaja tetapi mereka adalah generasi pelapis yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan kerajaan.

Beliau juga berkata pemimpin Puteri di semua peringkat perlu lebih kerap turun padang mendengar segala masalah rakyat.

Menurut Normala, jangan hanya turun padang jika ada publisiti atau semangat mahu menunjuk-nunjuk kepada pemimpin atasan sahaja.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan