Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PUTERI UMNO SABAH ANJUR PROGRAM ‘BACK TO SCHOOL’ BANTU PELAJAR MISKIN

pus

KOTA KINABALU, 14 Jan : Pergerakan Puteri Umno Sabah menganjurkan program ‘Back To School’ dengan mengenal pasti pelajar kurang berkemampuan untuk menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis.

Ketuanya Normala Rasick berkata melalui program anjuran pergerakan itu setiap tahun, antara 20 dan 50 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di kesemua 25 bahagian Umno Sabah akan dipilih untuk menerima bantuan.

“Sumbangan beg sekolah itu merupakan antara komitmen kami membantu masyarakat tempatan melalui aspek pendidikan. Kami berharap ia dapat meringankan beban ibu bapa yang membuat persediaan awal anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Normala bantuan berkenaan juga diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berjaya dalam pendidikan.

Setakat ini, Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu, Kudat, Ranau, Kota Belud, Putatan dan Tawau sudah menyerahkan bantuan masing-masing di bawah program berkenaan, katanya.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan