Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Putatan usul sokong rombakan Kabinet

Dahlia bersama ahli-ahli Puteri UMNO Putatan.
Dahlia bersama ahli-ahli Puteri UMNO Putatan.

PUTATAN – Puteri UMNO Bahagian Putatan semalam mengusulkan sokongan penuh dan berdiri teguh dibelakang Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta akur dengan keputusan rombakan Kabinet Persekutuan, baru-baru ini.

Usul itu dicadangkan oleh Mazura Mahdon, cawangan Puteri UMNO Kampung Petagas dan telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli Puteri UMNO Putatan seramai 80 orang daripada 27 cawangan Puteri bahagian tersebut.

Katanya, Puteri UMNO Putatan akur dan Perdana Menteri berhak membuat rombakan kabinet selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran negara.

“Keputusan yang dibuat oleh Datuk Najib Tun Abdul Razak adalah wajar untuk memastikan jemaah menteri dapat bergerak dalam satu pasukan serta mengembalikan keyakinan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang,” katanya.

Majlis perasmian serentak Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Putatan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Yahya Hussin di Dewan Serbaguna Pasir Putih Putatan, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Puteri bahagian itu, Dahlia Mohd Zain meminta ahli Puteri untuk terus mengekalkan perpaduan antara satu sama lain dan tidak mudah terikut-ikut dengan emosi ketika parti dilanda pelbagai dugaan dan cabaran termasuk perubahan kepimpinan dalam kerajaan.

Jelasnya, perpaduan yang jitu adalah tonggak utama kepada kestabilan sesebuah parti bagi membolehkan sesuatu gerak kerja dapat dilakukan dengan baik dan sempurna. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan