
PUTATAN- Pergerakan Puteri UMNO Putatan mengagih-agihkan 100 helai topeng penutup mulut dan 100 botol air mineral kepada pengunjung dan para peniaga di Pasar Tamu Mingguan, disini ,hari ini.
Program itu diketuai Ketua Puteri UMNO Putatan Daliah Mohd Zain dan disertai ahli jawatankuasa Puteri Umno Putatan. Program tersebut diadakan berikutan keadaan jerebu yg teruk dan musim panas yg melanda negara kini.
“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti luar memandangkan keadaan cuaca panas yg melampau, dan mengelakkan melakukan pembakaran secara terbuka supaya tidak menambah keadaan jerebu yg teruk ketika ini” kata Dahlia.-SayangSabah