Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puteri UMNO perlu manfaatkan kursus pengucapan awam-Tawfiq

6:27pm 08/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 112 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan

 

Gelagat…..Aksi gaya bebas Puteri UMNO Sabah bersama Tawfiq. 

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri UMNO Sabah perlu menggilap kemahiran berucap bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha murni untuk rakyat, namun ada yang tidak memahami maklumat yang disampaikan mengenainya.

 

Beliau berkata apabila ahli Puteri UMNO mempunyai kemahiran dalam aspek pengucapan awam maka membolehkan mereka menerangkan apa jua dasar-dasar parti kepada rakyat akar umbi.

 

“Kursus pengucapan awam penting dan sesuai didedahkan kepada sayap-sayap UMNO di peringkat bahagian agar anggota parti lebih yakin dalam menyampaikan hasrat murni kerajaan kepada rakyat.

 

“Di samping itu, usaha mempertingkatkan komunikasi kepimpinan turut memerlukan seseorang pemimpin itu menguasai kemahiran berkomunikasi menerusi penggunaan teknologi maklumat (ICT),” katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kursus Komunikasi Kepimpinan Politik dengan NLP anjuran Puteri UMNO Sabah dekat sini, semalam.

 

Kursus tiga hari itu disertai seramai 25 ketua-ketua Puteri UMNO seluruh Sabah.

 

Menurut beliau cabaran terbesar bagi pemimpin hari ini, kebanyakan masyarakat terdiri daripada Generasi Y yang membesar dalam suasana ICT, maka pemimpin juga seharusnya menguasai kemahiran ini dengan baik. Kursus pengucapan awam penting dan sesuai didedahkan kepada sayap-sayap UMNO di peringkat bahagian agar anggota parti lebih yakin dalam menyampaikan hasrat murni kerajaan kepada rakyat,” katanya.

 

Beliau turut menyeru agar ahli-ahli Puteri Umno memanfatkan kursus yang diadakan kerana ianya membantu memantapkan kepimpinan jati diri.

 

Mengulas lanjut, Tawfiq selaku Pengerusi Biro IT UMNO Sabah berkata parti sentiasa menitikberat pembangunan ahli dengan memastikan mereka mahir apabila berdepan dengan rakyat jelata.

 

Katanya, selain menyampaikan dasar-dasar parti tetapi pada masa sama akan dapat memperkasakan kekuatan parti terutamanya di peringkat akar umbi.

 

“Komitmen kita adalah bagi memberi ilmu pengetahuan terutamanya dalam soal pengucapan awam ini. Apabila ahli lengkap dengan ilmu khususnya yang melibatkan aspek kemahiran pengucapan awam, maka senanglah menerangkan segala dasar-dasar parti.

 

Jelas beliau, komunikasi mempunyai peranan penting dalam kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bijak berkomunikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan keberkesanan komunikasi akan dihargai dan berjaya mencapai hasrat dan matlamat dirinya serta organisasi.

 

Tegas Tawfiq, komunikasi kepimpinan dianggap penting kerana menjadi perantaraan antara pemimpin dengan pengikut atau pekerja dalam sesebuah organisasi. Di setiap peringkat pemimpin akan berhubung dengan pengikutnya dengan pelbagai tujuan terma­suklah menyampai dan memberi arahan, amanat, taklimat dan penjelasan, memberi tunjuk ajar, teguran dan nasihat, mempengerusikan mesyuarat, menyelia, menyelaras dan sebagainya.

 

Hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Dayang Sarinah Mohd Yassin, Ketua Penerangan Puteri UMNO Sabah, Nurhafizah Muhamad, Bendahari Puteri UMNO Sabah, Salmie Sarinoh, Pengasas Akademi Neuro Linguitik Programme (NLP) Malaysia, Md Taib Mat, Master Trainer NLP Malaysia, Suzana Jaafar, Trainer NLP Malaysia, Trainer NLP Malaysia, Muslimah Shamsudin, Nazliah Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Tawau serta ketua-ketua Puteri dan wakil-wakil Puteri UMNO bahagian-bahagian.-SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan