Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Labuan pastikan kerja keras untuk kemenangan Rozman

LABUAN– Pergerakkan Puteri UMNO Labuan berikrar akan memastikan jentera pergerakkan tersebut bekerja keras demi memastikan calon Barisan Nasional Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menang dengan majoriti yang besar pada Pilihanraya Umum ke-14 kali ini.

Ujar ketuanya Nur Erney Jamil, sayap puteri UMNO Labuan sentiasa menjalankan tugas-tugas mereka dengan mendampingi masyarakatakar umbi sejak awal lagi dan bukannya hanya menunggu ketika musim pilihanraya sahaja.

“Melalui Program Wilayah Prihatin yang disertai oleh sayap puteri UMNO Labuan sejak lima tahun lalu,kami telah turun padang melawat cawangan-cawangan, kampong-kampung bagi mendengar permasalahan mereka,” ujar Erney pada Majlis Pelancaran Jentera Puteri UMNO Bahagian Labuan, di sini .

Malahan calon BN yang juga penyandang, Datuk Rozman juga banyak memberi bimbingan kepada sayap puteri UMNO Labuan untuk lebih prihatin bagi mendengar dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh rakyat Labuan yang mana bukan sekadar kunjungan dan pemberian sumbangan semata-mata melalui Program Wilayah Prihatin tersebut, ujar Erney lagi.

“Segala permasalahan masyarakat akar umbi dicatit dan dimajukan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Labuan bagi tindakan selanjutnya sebagai bukti kerajaan BN sentiasa membela rakyat,” katanya.

“Sayap puteri UMNO Labuan juga turut menjayakan pelbagai program prihatin rakyat seperti Program Jom ‘Shopping’ Raya, Jom ‘Shopping’ Raya Bersama Anak Yatim dan Ibu-ibu Tunggal dan Program Kembali Ke Sekolah bagi memastikan BN sentiasa mengutamakan rakyat khususnya golongan yang memerlukan,” katanya lagi.

Turut hadir, calon BN Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.-Penerangan Labuan
Erney (lima dari kiri) bersama Rozman (lima dari kanan) pada program tersebut.

Komen


Berita Berkaitan