Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Kudat minta kursus keusahawanan wanita ditambah

10:43am 03/09/2016 Leolerry Lajius 42 views Kudat,Tempatan

KUDAT: Puteri UMNO Kudat menyeru agar kerajaan menambah kursus dan program keusahawanan untuk golongan wanita muda khususnya di luar bandar.

Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rasik berkata, ramai golongan wanita muda yang berkebolehan menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan dan kebanyakkan golongan ini (wanita muda) khususnya wanita yang tinggal di luar bandar mampu menonjolkan diri dan membina kekuatan dengan ilmu pengetahuan.

“Puteri UMNO Kudat berharap kerajaan akan meneruskan lebih banyak kursus serta latihan kemahiran bagi melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dari kalangan wanita muda di kawasan-kawasan luar bandar.”

“Peranan wanita dalam kehidupan seharian  bukan hanya sebagai suri rumah yang menguruskan hal-hal rumah tangga tetapi juga mampu meningkatkan ekonomi keluarga dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Kudat di Dewan Tun Mustapha Kudat. Majlis perasmian dirasmikan oleh Ketua UMNO bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail.

Normala yang juga Ketua Puteri UMNO Sabah turut menyatakan, kaum wanita juga boleh melakukan perubahan sama ada sebagai seorang usahawan yang berjaya dan menjadi seorang pemimpin yang disegani kerana telah banyak contoh tokoh wanita yang terkenal dan berjaya sebagai seorang usahawan dalam bidang pakaian, kosmetik, hartanah dan sebagainya.

“Golongan itu perlu diberikan bimbingan, perhatian dan pendedahan agar boleh berdaya saing. Sebahagian besar golongan berkenaan sudah lama menceburi bidang tersebut dan wajar diberi pelbagai bantuan sebagai pemangkin kemajuan dalam perniagaan secara kecil-kecilan.”

“Puteri UMNO Kudat berharap saranan ini akan mendorong peniaga wanita muda lebih berdikari sekaligus memajukan perniagaan masing-masing selaras dengan matlamat kerajaan melahirkan lebih ramai pengusaha usahawan wanita,”katanya.

Puteri UMNO Kudat turut mencadangkan tiga usul iaitu Calon Wanita Muda diketengahkan menjadi Calon PRU Ke 14, keahlian automatik 18 tahun hingga 35 tahun dan umur Puteri Umno dinaikkan kepada 40 tahun. Kesemua usul tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan. Mesyuarat perwakilan turut dihadiri 118 cawangan dengan 520 perwakilan./SayangSabah

Terbaik.....Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman singgah sebentar untuk bergambar kenangan bersama perwakilan Puteri UMNO Kudat semasa Lawatan Kerja beliau ke Kudat.

Terbaik…..Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman singgah sebentar untuk bergambar kenangan bersama perwakilan Puteri UMNO Kudat semasa Lawatan Kerja beliau ke Kudat.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan