Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri Umno Kota Kinabalu Anjur Program Puteri Prihatin

puteriUMNO

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno bahagian Kota Kinabalu buat julung kalinya mengadakan program Puteri Prihatin bagi membantu guru-guru dan murid-murid Kelas Asas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini.

Dalam program yang bermula 8 pagi itu, Ketua Puteri Umno bahagian Kota Kinabalu Salmi Sarinoh bersama anggota jawatankuasanya membaik pulih dan mengecat bangunan Kafa serta membersih perkarangan Masjid An Nur dengan kerjasama penduduk Kampung Cenderakasih.

 

Salmi yang juga Bendahari Puteri Umno Sabah berkata pergerakan itu sentiasa bergerak mendekati rakyat termasuk menganjurkan program seumpama itu bagi merapatkan hubungan antara parti dan rakyat.

“Program ini juga memupuk semangat sukarelawan di kalangan ahli Puteri khususnya dan menjadi contoh kepada masyarakat lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Naib Ketua Wanita Umno bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Sahra Mohd Noor turut menyumbang lima buah kipas dinding untuk kegunaan Kelas Kafa Kampung Cenderakasih.

Kelas Kafa Kampung Cenderakasih ditubuhkan pada tahun 1997 di tapak masjid sebelum mendapat bangunan baharu pada 2010. Sehingga kini, sejumlah 71 murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 mengikut sesi pembelajaran Kafa pada waktu pagi.

Komen


Berita Berkaitan