Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO Kota Belud dengar taklimat jentera persediaan PRU14

Ahli-Ahli Puteri UMNO Kota Belud yang hadir pagi tadi.

Kota Belud: Seramai 50 ahli Pergerakan Puteri UMNO Kota Belud menghadiri sesibtaklimat jentera persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak di pejabat pergerakan berkenaan, pagi tadi.

Dalam pada itu, Salleh turut menyeru sayap puteri melakukan perancangan dalam melaksanakan agenda mendekati rakyat serta sentiasa mengemas kini data ahli terutama golongan wanita muda bagi memastikan mereka telah mendaftar sebagai pengundi yang sah.

Hadir sama Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Japlin Akim, Setiausaha Bahagian Kota Belud, Datuk Baharul Sawi dan Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud, Arshad Bistari./PENERANGAN-

Salleh (tengah) semasa menyampaikan taklimat pagi tadi.

Komen


Berita Berkaitan