Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri UMNO beri sumbangan kepada mangsa kebakaran

Normala menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg.Telaga, Pitas.
Normala menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kg.Telaga, Pitas.

KUDAT: Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Telaga, Pitas dekat sini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kudat, Puan Normala Rasik telah menyampaikan sumbangan berupa beras dan barang dapur selain bag. peralatan sekolah dan wang saku kepada anak-anak mangsa yang bersekolah.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini, 16 buah rumah dan 2 buah kedai telah musnah dijilat api.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban  kehidupan mangsa kebakaran”, kata Normala yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah.

Beliau berharap keluarga mangsa kebakaran banyak bersabar menghadapi musibah itu.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan