Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri sasar 20 hingga 50 murid kurang berkemampuan dibantu 

Sebahagian daripada 25 bahagian Puteri UMNO bahagian-bahagian mengadakan Program Back To School kepada murid-murid kurang berkemampuan.
Sebahagian daripada 25 bahagian Puteri UMNO bahagian-bahagian mengadakan Program Back To School kepada murid-murid kurang berkemampuan.

KOTA KINABALU – Sumbangan bantuan peralatan persekolahan merupakan antara komitmen Puteri UMNO negeri dalam membantu masyarakat tempatan melalui pengagihan barangan keperluan sekolah kepada murid kurang berkemampuan.

Ketuanya, Normala Rasick berkata, pihaknya telah mengadakan Program Back To School dengan menyampaikan beg sekolah dan peralatan alat tulis kepada murid-murid kurang berkemampuan dan miskin di negeri ini.

“Setiap bahagian Puteri UMNO mensasarkan 20 hingga 50 murid-murid kurang berkemampuan untuk diberikan bantuan sebagai persediaan mereka menghadapi musim persekolahan.

“Sumbangan beg sekolah itu merupakan antara komitmen Puteri dalam membantu masyarakat tempatan melalui aspek pendidikan dan kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan awal anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan akan datang serta memberi motivasi kepada pelajar,” katanya.

Menurutnya, Puteri UMNO negeri ini sentiasa komited untuk membantu usaha kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

“Puteri UMNO turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Musa Aman kerana memberi peruntukan untuk menjaya program Back To School tersebut di seluruh Puteri UMNO bahagian-bahagian,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan