Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puteri Brunei didakwa tipu RM1.5j

tipu

Bangkok: Empat individu, termasuk seorang mendakwa puteri Sultan Brunei dituduh di

mahkamah kerana terbabit dalam penipuan menyebabkan kerugian bernilai RM1.5 juta.

Polis Thailand kelmarin berkata Decha Surinrit, 52; isterinya, Ammaraporn Surinrit, 54; anak

perempuan mereka, Sarocha Sathianpak, 21; dan Panrawee Tharapanya, 50 , didakwa menipu

serta cuba menipu.

Semua suspek ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin awal bulan ini. Penangkapan dibuat

selepas lapan mangsa membuat aduan diperdaya memindahkan wang bernilai 15 juta baht ke

akaun suspek.

Decha didakwa meyakinkan mangsa bahawa Ammaraporn adalah puteri Sultan Brunei yang

memiliki wang serta barang kemas bernilai 100 bilion baht (RM10 bilion) yang dirampas

mahkamah sebagai sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa. Suspek turut menggunakan

dokumen palsu kepada mangsa untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan