Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Putera George mula sesi prasekolah tahun depan

9:41am 19/12/2015 Pak Roshan 6 views Global
GAMBAR menunjukkan Putera William (kanan) bersama isterinya, Kate, dan anak mereka George (kiri) serta Charlotte.

GAMBAR menunjukkan Putera William (kanan) bersama isterinya, Kate, dan anak mereka George (kiri) serta Charlotte.

London: Putera sulung pasangan diraja Britain, Putera George akan memulakan sesi prasekolah pada penghujung Januari depan.

Menurut kenyataan Istana Kensington, ibu dan bapanya, Putera William dan Puteri Kate memilih tadika persendirian iaitu Westacre yang terletak beberapa minit pemanduan dari Amber Hall, kediaman keluarga itu di Norfolk.

Bersempena dengan pengumuman itu, William dan Kate mengedarkan gambar rasmi yang digunakan untuk kad Krismas mereka tahun ini.

Gambar itu menunjukkan pasangan terbabit bersama kedua-dua anak mereka di laman Istana Kensington yang dirakam pada akhir Oktober lalu oleh jurugambar Chris Jelf.

Jurucakap istana berkata, William dan Kate sangat menghargai semua kiriman ucapan kepada keluarga mereka pada tahun ini dan tidak sabar meraikan Krismas sebagai satu keluarga buat pertama kali sejak kelahiran Puteri Charlotte.

William dan Kate kini membahagikan masa antara Anmer di Sandringham Estate dan Istana Kensington di London

Namun, mereka memilih tadika tempatan bagi pendidikan awal George kerana lebih hampir memandangkan William bertugas sebagai juruterbang helikopter ambulans di East Anglia.

George yang menduduki tangga ketiga senarai pewaris takhta Britain akan menghadiri tadika itu sepenuh masa pada sebelah pagi.

William berharap sekolah yang terletak di East Walton, sebuah kawasan persendirian itu akan membolehkan anaknya yang berusia dua tahun setengah belajar tanpa gangguan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan