Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puspanita berperanan besar dalam membantu suami

 Fredian bergambar kenangan bersama ahli-ahli Puspanita Daerah Nabawan.
Fredian bergambar kenangan bersama ahli-ahli Puspanita Daerah Nabawan.

NABAWAN: Puspanita mempunyai peranan yang besar dalam membantu suami untuk mengurus dan mengimbangi perbelanjaan keluarga, khususnya dalam menangani peningkatan kos sara hidup yang di alami oleh semua lapisan rakyat pada masa ini.

Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan berkata, selain sebagai penjawat awam  ahli Puspanita juga memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Oleh itu selaku seorang “Pengurus Rumah Tangga” ahli Puspanita perlu memainkan peranan dalam peningkatan ekonomi keluarga masing-masing” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Puspanita Daerah Nabawan ke 20 di bilik mesyuarat Batu Punggul Pejabat Daerah di sini baru-baru ini.

Fredian yang juga Penasihat Puspanita Daerah Nabawan dalam ucapannya mencadangkan agar Puspanita megujudkan “kebun dapur” dengan menanam sayur-sayuran dan juga ternakan ayam-itik untuk menampung keperluan sendiri.

Selain itu beliau juga meminta Puspanita untuk terus menjalankan aktiviti penambahan ahli dan menganjurkan aktiviti untuk mengeratkan hubungan silahturahim di kalangan ahli serta menganjurkan aktiviti yang menjurus kepada pemantapan kesihatan ahli serta keluarga.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan